Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

LAWATAN RASMI YB MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA KE NEGERI SABAH – BANYAK PROGRAM RAKYAT-CENTRIC YANG DILAKSANAKAN UNTUK MERINGANKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT SABAH

banyak program rakyat centric yang dilaksanakan untuk meringankan kos sara hidup rakyat sabah

 

KOTA KINABALU, 17 Januari 2022 – YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah berkesempatan mengadakan lawatan rasmi ke negeri Sabah sejak beliau dilantik menjadi Menteri Persekutuan.

Lawatan ini bagi meninjau Program Penyeragaman Harga, yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sejak 2009. Menurutnya, program ini sangat memberi manfaat kepada penduduk-penduduk di negeri yang terlibat. Melalui program ini, Kerajaan menanggung kos pengangkutan dan Penghantar Barang (Transporter) untuk membawa tujuh (7) barangan subsidi/kawalan dari pembekal di bandar ke kawasan-kawasan pedalaman terpilih.

Program ini merangkumi Program Pengedaran Barang Perlu (beras, gula putih paket 1kg, tepung gandum kegunaan am paket 1kg/ tepung gandum bukan kegunaan am paket 1kg, minyak masak paket 1kg/ botol 1 liter), Gas Cecair Petroleum (LPG) dan Community Drumming (Petrol RON95 dan Diesel). Tanpa program ini, barang-barang tersebut pastinya terpaksa dijual mahal kerana faktor pengangkutan dan transporter yang kini ditanggung oleh Kerajaan. 

Yb Menteri juga berkesempatan melawat Point of Sales (POS) di Pulau Bum-Bum, POS Mayok, POS Amin dan POS Charleys di Kundasang melihat sendiri bagaimana barang-barang tersebut dihantar oleh Transporter, direkod dan dijual untuk dinikmati oleh penduduk setempat dengan harga yang sama dinikmati oleh rakan-rakan mereka di bandar-bandar di Malaysia. Sebanyak 845 POS diwujudkan di Sabah dan jumlah keseluruhan POS di seluruh negara adalah 2,005.  

Selain itu, turut berlangsung perasmian alat ulang-siar yang dipasang di pasar untuk menjadi rujukan dan saluran advokasi berkenaan dengan norma baru dan perkara-perkara yang berguna untuk masyarakat di Pasar Besar Kota Kinabalu. Sehingga  kini, KPDNHEP telah memasang 6 unit iaitu di Pasar Utama Pekan Rabu Kedah, Pasar Chowrasta GeorgeTown, Pasar Payang Kuala Terengganu, Pasar Utama Siti Khadijah Kota Bharu, Pasar Besar Satok Kuching, Pasar Tamu Kapit dan kini di Pasar Besar Kota Kinabalu

Seterusnya, Yb Menteri meninjau sambutan orang ramai terhadap Program Jualan Keluarga Malaysia di Bateras Tawau dan di Kota Kinabalu di mana program ini juga  telah diadakan di lebih dari 274 lokasi di 197 parlimen dan akan diperluaskan kesemua 222 kawasan parlimen di seluruh negara. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan berdasarkan maklumbalas pengunjung, program ini telah dapat membantu meringankan perbelanjaan dapur di mana barang-barang yang dijual secara puratanya 20% lebih rendah dari harga pasaran setempat.

Akhir sekali, kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah antara lain menzahirkan penghargaan atas kerjasama sedia terjalin di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dan bertukar-tukar pandangan serta mengenal pasti kaedah meningkatkan keberkesanan pemberian perkhidmatan kepada rakyat Sabah sesuai dengan aspirasi Keluarga Malaysia.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

(Hanya terbitan bahasa melayu sahaja)


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive