Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

YB MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA RASMIKAN SISTEM KONTENA MUDAH ALIH MINI ROVR PERTAMA DI MALAYSIA

yb menteri kpdnhep rasmikan sistem kontena mudah alih mini rovr pertama di malaysia

KOTA KINABALU, 17 Januari 2022 –YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah  merasmikan Sistem Kontena Mudah Alih Mini ROVR pertama di Malaysia. Petronas Dagangan Berhad (PDB) merupakan syarikat perkhidmatan membekal petrol dan diesel melalui Portable Container System (PCS ROVR) ROVR.

PCS ROVR merupakan satu model pembekalan stesen minyak yang dikawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di bawah Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974 (Akta 144). Ianya sangat berguna untuk tempat-tempat yang tiada stesen minyak atau stesen minyak itu tidak dapat digunakan akibat daripada bencana alam seperti banjir dan tanah-runtuh.

Menurutnya, PCS ROVR Beaufort adalah antara PCS ROVR dalam perancangan pembekalan PDB kepada masyarakat luar bandar di Sabah. PCS ROVR Beaufort  yang telah mula beroperasi sejak 26 November 2021 ini merupakan satu-satunya PCS ROVR berjenama PETRONAS yang sedang beroperasi di Sabah. Setakat ini perkhidmatan PCS ROVR tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat iaitu dengan jualan harian melebihi sasaran.

Selain itu, PETRONAS sedang menimbang untuk menjadikan PCS ROVR sebagai model stesen minyak mini di masa akan datang dengan modal yang mampu milik bagi pengusaha/peniaga kecil dan tidak memerlukan tanah yang luas untuk beroperasi bergantung kepada jumlah penduduk, kenderaan serta keperluan petrol di sesebuah lokaliti yang tidak mendapat perkhidmatan stesen minyak perkhidmatan penuh (full-pledge petrol station).

Akhir sekali, KPDNHEP bertanggungjawab mengawal selia serta memajukan perdagangan dalam negeri dan pada masa sama menjaga kepentingan pengguna sentiasa mengalu-alukan dan menyokong inovasi dan cara baharu perniagaan yang boleh mendatangkan nilai tambah dan faedah kepada pengguna.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

(Hanya terbitan bahasa melayu sahaja)


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive