Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

YB MENTERI KPDN TURUN PADANG DAN MELAKUKAN SESI PEMANTAUAN KE SYARIKAT PEMBUNGKUSAN MINYAK MASAK

imageKOTA KINABALU, 9 JULAI 2023, AHAD - Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah turun padang dan melakukan sesi pemantauan ke Syarikat Pembungkusan Minyak Masak Benfa Sdn. Bhd di Inanam Kota Kinabalu, Sabah.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri proses pembungkusan di premis tersebut serta mengenalpasti isu-isu yang terlibat dalam pengedaran minyak masak dan membuat keputusan yang diperlukan dalam rantaian edaran barang kawalan minyak masak khususnya di negeri Sabah.

Pada masa yang sama, sesi pemantauan ini juga bertujuan memastikan tiada penyelewengan yang berlaku dan bagi memastikan bekalan minyak masak peket 1kg sentiasa mencukupi di pasaran untuk semua warga Malaysia MADANI.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive