PUTRAJAYA, 8 MAC 2023- Kerajaan dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga minyak masak Kelapa Sawit tulen untuk tempoh mulai 8 Mac 2023 hingga 7 April 2023. Secara umumnya, terdapat sedikit kenaikan harga minyak sawit mentah untuk bulan Februari berbanding bulan sebelumnya.
Ini adalah untuk menunjukkan komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga bagi mengelakkan kesan kepada pengguna.
Harga Runcit Maksimum minyak masak tulen kemasan botol bagi 1 kg (RM 6.90), 2 kg (13.30) 3kg (19.60) 5 kg (30.90). Mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalty, bagi individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan; syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000.
KPDN akan meneruskan pemantauan disamping turut menggalakkan pengguna agar menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN termasuk harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran secara rasmi Kementerian.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat