Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

BUAL BICARA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN KEPENGGUNAAN WANITA

imageLABUAN, 2 MAC 2023 - YB Senator Hajah Fuziah binti Salleh memulakan Lawatan Kerja di WP Labuan hari ini dengan Sesi Bual Bicara Pertubuhan Bukan Kerajaan Kepenggunaan Wanita & Gerakan Pengguna Siswa serta pelancaran Aduan Suri.

Fokus utama sesi dialog ini diadakan bertujuan mendayaupayakan pengguna melalui perkongsian ilmu, menyebar luas dan meningkatkan kesedaran kepenggunaan dalam kalangan wanita dan belia melalui pendekatan baharu yang bersepadu khususnya dalam aspek-aspek berkaitan kepenggunaan dan peranan wanita serta belia.

Hasrat Kementerian adalah untuk menjadikan wanita dan belia sebagai rakan strategik secara langsung di lapangan dan seterusnya sebagai ejen penyampaian maklumat kepenggunaan kepada masyarakat di luar sana dalam memperkasakan pengguna bijak dan berdaya upaya.

Pada hari ini juga turut dilancarkan Aduan Suri Peringkat WP Labuan. Kementerian mengambil langkah untuk melancarkan semula atau re- promoting saluran-saluran aduan kepenggunaan sedia ada dengan menambah baik sistem aduan agar lebih mesra pengguna. Penjenamaan semula semua platform aduan ini diharap dapat disebar luas manfaatnya kepada seluruh masyarakat Malaysia.

300 Fridge Magnet QR Code Aduan Suri turut diedarkan kepada peserta dialog bagi memudahkan pengguna membuat aduan. Melalui mekanisme ini, pengadu hanya perlu mengimbas QR Code tersebut dan ianya akan terus disalurkan ke aplikasi Whatsapp aduan KPDN.

Sejak Aduan Suri dilancarkan, sejumlah 1,422 aduan diterima melalui aplikasi ini sehingga 28 Februari 2023 dan 666 daripada pengadu adalah wanita.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

 


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive