Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS ASAS SAINS PENGUATKUASAAN TAHUN 2024

image

YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyempurnakan Majlis Perasmian Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan Tahun 2024 yang telah berlangsung di Kem Permata Resort, Alor Gajah Melaka pada 25 November 2024.

Pada majlis ini,  seramai 284 orang pegawai telah berjaya menamatkan kursus  dimana 244 orang pegawai adalah lantikan baharu serta 40 pegawai Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) dan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB). Kadet-kadet ini terdiri daripada Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41, Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 dan Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19. Dengan pengisian perjawatan skim penguat kuasa KPDN melalui kursus menjadikan jumlah kekuatan pasukan penguat kuasa KPDN adalah seramai 2,464 orang.


MySales Tracker
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive