Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PELAKSANAAN PROJEK RINTIS PERLUASAN PEMBERIAN KUOTA DIESEL BERSUBSIDI KEPADA SEKTOR PENGANGKUTAN DARAT (BARANGAN) MELALUI SISTEM KAWALAN DIESEL BERSUBSIDI 2.0 (SKDS 2.0)

PELABUHAN KLANG, 9 JANUARI 2024, SELASA - YB Datuk Armizan Mohd Ali telah mengadakan lawatan kerja ke Syarikat Perceptive Logistics Sdn. Bhd. bagi meninjau persiapan pelaksanaan secara rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) oleh pihak syarikat di bawah Sektor Pengangkutan Darat (Barangan).

Kerajaan melalui KPDN komited memperluaskan pemberian subsidi diesel kepada lebih ramai pemain industri melalui Program Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) iaitu pemberian kuota diesel bersubsidi kepada Sektor Barangan di Semenanjung Malaysia menerusi perluasan penggunaan saluran Fleet Card.

Selain mengurangkan kenaikan harga barangan, penggunaan Fleet Card kepada Sektor Barangan di bawah SKDS 2.0 adalah bagi menambah baik kaedah kawal selia dalam pemberian kuota diesel bersubsidi disamping mengurangkan ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi dengan lebih cekap dan efektif melalui kaedah digital.Projek Rintis ini bertujuan menguji Sistem MySubsidi Diesel KPDN dan juga sistem Fleet Card syarikat syarikat minyak sebelum dilaksanakan kepada keseluruhan industri.

Kerajaan akan memastikan agar keperluan rakyat sentiasa diberikan perhatian yang utama dalam pelaksanaan sistem ini kelak. Pihak KPDN akan terus memantau pelaksanaan projek rintis ini dan mendapatkan maklum balas daripada pihak industri bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem yang dijangka dilaksanakan pada suku kedua tahun 2024.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive