PUTRAJAYA, 12 JANUARI 2024, JUMAAT- YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyampaikan ucaptama pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 yang diadakan di Dewan Serbaguna KPDN, Ibu Pejabat KPDN Putrajaya.
Bersempena dengan Majlis Amanat Tahun Baharu KPDN 2024, YB Menteri telah melontarkan Empat Teras Strategik utama kementerian bagi tahun 2024 iaitu memperkukuh ketangkasan penguatkuasaan, memacu kemampanan ekonomi domestik, membina daya upaya hak dan tanggungjawab kepenggunaandan dan merekayasa NACCOL sebagai pemangkin pendekatan "whole of nation" dalam menangani kos sara hidup.
Konsep Payung RAHMAH akan terus menjadi salah satu strategi dalam menggerakkan agenda menangani kos sara hidup rakyat. KPDN akan terus memperkasa pelaksanaan Konsep Payung RAHMAH tahun 2024 melalui perluasan komponen Inisiatif Ihsan RAHMAH Swasta dan Industri.
KPDN juga akan menambahbaik pelaksanaan Program Jualan RAHMAH bagi tahun 2024 melalui beberapa pendekatan seperti pelancaran Takwim Bulanan Jualan RAHMAH 2024 melalui Portal laman Rasmi KPDN.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat