Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

YAB PERDANA MENTERI MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT KHAS MAJLIS TINDAKAN SARA HIDUP NEGARA (NACCOL) TAHUN 2024

PUTRAJAYA, 23 FEBRUARI 2024, JUMAAT - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Tahun 2024 yang turut dihadiri oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Melalui mesyuarat khas ini, YAB Perdana Menteri menegaskan agar semua Agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri serta NGO dan industri perlu bekerjasama dalam memastikan kesejahteraan masyarakat Malaysia MADANI terus diperkukuh hatta kebajikan dan manfaat akan terus diterima rakyat.

Turut hadir YB Menteri-menteri, YB Timbalan-Timbalan Menteri, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Gabenor Bank Negara, wakil industri, wakil pengguna, wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik yang merupakan ahli-ahli NACCOL.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive