Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KARNIVAL JUALAN RAHMAH MADANI PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2024

PUSAT BANDAR JENGKA, 3 MAC 2024, AHAD– YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah meluangkan masa turun padang bagi melakukan sesi walkabout di Karnival Jualan RAHMAH MADANI Negeri Pahang yang diadakan di Dataran Anjung, Pusat Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur.

Karnival Jualan RAHMAH MADANI Negeri Pahang Tahun 2024 ini diadakan dengan kerjasama strategik bersama Pasar Raya Econsave, Pasar Raya BS Freshmart, Pasar Raya Mydin, FAMA Pahang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang yang menawarkan lebih daripada 250 item barangan keperluan harian dan barangan keperluan persekolahan yang ditawarkan dengan potongan di antara harga 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran setempat.

Karnival ini turut dijayakan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Maran, Majlis Daerah Maran, Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Pahang, FELDA Wilayah Jengka, Pejabat Kesihatan Daerah Maran, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Maran.

Antara barang-barang keperluan harian yang dijual dengan potongan harga adalah seperti beras, ayam segar, ikan, buah-buahan, sayur-sayuran, telur ayam, minyak masak, tepung gandum, biskut, bawang merah, susu pekat, bihun, sardin, kicap manis, cecair pencuci pinggan dan, sabun pencuci.

Program ini telah berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mac 2024 (Sabtu dan Ahad), jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 5,000 ribu pengunjung.

Selain daripada itu, KPDN Negeri Pahang turut melaksanakan Jualan RAHMAH “Back To School” bermula 2 hingga 3 Mac 2024 di setiap 14 Parlimen di Negeri Pahang yang menawarkan jualan pakaian sekolah, kasut sekolah serta peralatan persekolahan dengan harga 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran setempat.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive