?????, ?? ??? ????, ???? - YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meluangkan masa turun padang bagi melakukan sesi walkabout di Program Jualan RAHMAH MADANI bertempat di Padang Kawad Ibu Pejabat Briged Sabah PGA, Kinarut, Papar, Sabah.
Antara barang-barang keperluan harian yang dijual dengan potongan harga sehingga 30 peratus adalah seperti beras, ayam segar, ikan, buah-buahan, sayur-sayuran, telur ayam, minyak masak, tepung gandum, biskut, bawang merah, susu pekat, bihun, sardin, kicap manis, cecair pencuci pinggan dan, sabun pencuci dan banyak lagi barang-barang keperluan harian yang lain.
Program telah berlangsung selama sehari pada 10 Mac 2024, jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. YB Menteri turut melakukan sesi happy hour dan cabutan bertuah bagi pengunjung-pengunjung yang hadir.
Pada masa yang sama, YB Menteri turut mengumumkan perluasan Program Payung RAHMAH MADANI melalui pelaksanaan Program Jualan RAHMAH (PJR) Ramadan sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Pelaksanaan PJR Ramadan melibatkan sebanyak 450 lokasi secara berjadual di seluruh negara. Maklumat pelaksanaan PJR Ramadan boleh diakses melalui portal laman rasmi KPDN di pautan https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat