Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PELANCARAN BAZAR RAMADAN RAHMAH (BRR) TAHUN 2024 BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

PUTRAJAYA, 14 MAC 2024, KHAMIS – YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah turun padang dengan melakukan sesi walkabout bersama peniaga sekaligus melancarkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Tahun 2024 bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya bertempat di Presint 14, Putrajaya.

Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) merupakan salah satu inisiatif utama di bawah Program Payung RAHMAH MADANI dengan objektif untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui pilihan hidangan berbuka puasa pada harga yang berpatutan.

Semua peniaga BRR telah digalakkan untuk menawarkan Menu RAHMAH pada harga RM5 dan ke bawah sebagai pilihan menu tambahan yang mereka tawarkan kepada para pengunjung.

Sehingga kini, sebanyak 64 lokasi akan terlibat dalam Program BRR di seluruh negara termasuklah 5 lokasi BRR yang dilaksanakan bersama Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam menyantuni rakyat di sekitar Putrajaya sepanjang bulan Ramadan ini.

KPDN bersama PPj juga meneruskan perluasan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Inisiative –ReDI) bermula sejak April 2021 yang bertujuan untuk memastikan peniaga kecil ini tidak terus ketinggalan di dalam arus perdana dan bersama-sama dalam melibatkan diri menerusi model baharu perniagaan secara digital.

Selari dengan matlamat tersebut, seramai 695 peniaga di 5 Bazar Ramadan di Putrajaya telah mengaplikasikan sepenuhnya (100%) pembayaran digital tanpa tunai (Cashless).

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive