KOTA KINABALU – 20 Mac 2024 – Sepasukan anggota Penguat Kuasa KPDN Sabah telah menjalankan Ops Tiris berikutan maklumat awam ke atas taman perumahan sekitar Likas Kota Kinabalu, Sabah.
Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh anggota Penguat Kuasa KPDN Sabah terhadap sebuah kenderaan 4WD telah menemui sebanyak 108 kilogram gula pasir di bahagian belakang kereta tersebut tanpa sebarang dokumen yang sah dan pemilik juga tidak mempunyai lesen atau permit untuk menyimpan gula pasir di tempat tersebut.
Sehubungan itu, Penguat Kuasa KPDN Sabah telah mengambil tindakan dengan menahan seorang lelaki warga Pakistan yang disyaki pemilik untuk siasatan lanjut. Sebanyak 108 kilogram gula pasir telah disita bersama kenderaan. Nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM 50,307.80.
KPDN Sabah ketika ini sedang giat menjalankan pemeriksaan dalam usaha mengekang ketirisan dan aktiviti penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi. KPDN Sabah akan terus komited dan konsisten menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak akan sesekali berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah KPDN, khususnya melibatkan penyelewengan barang kawalan bersubsidi yang merupakan salah satu kepentingan awam yang perlu diselia dan dijaga.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat