IPOH, 12 JULAI 2024, JUMAAT- Program Jelajah Karnival KPDN 2024 Zon Tengah telah membuka tirainya dengan pelbagai pengisian aktiviti dan program yang menarik sepanjang karnival berlangsung selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Julai bertempat di Pekarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.
Para pengunjung boleh dapatkan khidmat nasihat, advokasi dan pendaftaran pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan Kementerian serta Agensi di Pavilion KPDN dan Reruai Agensi.
Antaranya perkhidmatan yang disediakan di reruai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan kos Sara hidup ialah Advokasi Logo Barangan Malaysia & Pendaftaran Usahawan KPDN, Tuntutan Tebus Rugi di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Daftar & Semak Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH, Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI), Daftar Aplikasi Price Catcher & Kuiz Kahoot dan pelbagai lagi.
Turut berlangsung sepanjang karnival adalah Program Jualan RAHMAH MADANI dengan pengurangan harga sehingga 30 % barangan keperluan harian. Turut menarik perhatian pengunjung adalah perkhidmatan food truck dan gerai yang menawarkan menu RAHMAH.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat