Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KPDN LAKSANA HARI TERBUKA SKDS DAN PRA-PELANCARAN IHSAN CASHBACK & i-MESRA SEMPENA JELAJAH KARNIVAL KPDN ZON TENGAH 2024

IPOH, 14 JULAI 2024, AHAD –  Program Jelajah Karnival KPDN Zon Tengah dan Festival Pengguna Tahun 2024 telah melabuhkan tirainya pada 14 Julai 2024 bertempat di Stadium Indera Mulia Ipoh Perak.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Melalui ucaptamanya, beliau berharap agar Karnival ini mencapai objektifnya dalam merakyatkan fungsi dan peranan KPDN serta meningkatkan pemahaman rakyat khususnya warga Zon Tengah tentang perkhidmatan dan inisiatif Kerajaan serta memperkasakan pendayaupayaan pengguna terutamanya dalam kalangan pelajar melalui program Festival Pengguna.  

Selain itu, Hari Terbuka SKDS diperluas melalui reruai SKDS di setiap lokasi Jelajah Karnival KPDN sebagai usaha mempromosi dan menyediakan ruang kepada syarikat-syarikat untuk mengemukakan sebarang pertanyaan dan sekali gus membuat permohonan.

Pra-Pelancaran dua inisiatif terkini sektor swasta di bawah inisiatif Ihsan Rahmah Madani (IRM), iaitu program Ihsan Cashback dan i-Mesra juga diadakan pada hari ini. Program-program ini direka khas untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan daya saing peniaga tempatan.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive