Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KPDN PERLUAS ADVOKASI DAN PERANAN NGO SEBAGAI RAKAN STRATEGIK KEPENGGUNAAN

YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh telah hadir ke sesi dialog bersama Persatuan Kebajikan Wanita, Tunggal dan Warga Emas (PERWATIE) untuk berkongsi mengenai Kesedaran Hak Sebagai Pengguna yang hadir pada 10 Ogos 2024 bertempat di Hotel Tamu, Kuala Lumpur.

Dalam sesi dialog tersebut, YB Timbalan Menteri telah menjelaskan KPDN telah merangka dan melaksanakan program pendidikan kepenggunaan di pelbagai peringkat masyarakat, bermula dari peringkat sekolah, universiti hinggalah kepada orang awam dengan memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan hak pengguna serta membantu gerakan kepenggunaan. Selain itu, fokus memperkukuhkan perlindungan pengguna menjadi keutamaan pihak KPDN yang berfungsi untuk memberi pendidikan mengenai hak-hak pengguna, penyelesaian pertikaian, dan penguatkuasaan undang-undang untuk menentang amalan perdagangan yang tidak beretika.

Dalam ucaptamanya, beliau turut menyatakan bahawa menjadi hasrat KPDN untuk memastikan hak semua pengguna di negara ini dilindungi oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang telah diwujudkan pada tahun 1999 yang berfungsi sebagai  satu badan separa kehakiman yang telah ditubuhkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive