PUTRAJAYA, 23 OGOS 2024, JUMAAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menganjurkan Majlis Amanat YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bersama penguat kuasa KPDN dan Peluncuran Portal Ihsan MADANI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan kos Sara Hidup dalam ucaptamanya menzahirkan ucapan tahniah di atas kelancaran pertemuan YAB Perdana Menteri bersama Penguat Kuasa KPDN kerana pertemuan khas kali ini sangat bermakna kerana sejak Bahagian Penguat kuasa diwujudkan pada tahun 1972, inilah julung kalinya Perdana Menteri hadir dalam satu majlis khas bersama jentera penguat kuasa KPDN.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat