LANGKAH CERIA HARI SUKAN NEGARA @KPDN 2024
YBhg. Datuk Roziah Binti Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyempurnakan sesi Flag Off Sambutan Hari Negara Peringkat KPDN 2024 pada 12 Oktober 2024 bertempat di Anjung Bestari, KPDN, Putrajaya.
Bertemakan ‘Cergas Bersama’, Hari Sukan Negara ini dimeriahkan dengan program Langkah Ceria HSN@KPDN. Seramai 500 peserta telah menyertai Fun Walk 5km. Selain itu turut berlangsung aktiviti senaman aerobik, dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.
Program ini diadakan bagi menyokong pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat KPDN.
“Bersama Kita Sokong Gaya Hidup Sihat!”