KOTA KINABALU, 20 OKTOBER 2024 – Hari Ketiga Program MADANI Rakyat Zon Sabah diteruskan dengan membawakan pelbagai program menarik buat pengunjung yang hadir. Antara program yang menghiasi pada hari ini ialah Pertandingan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak, sesi Pocket Talk dan Kuiz Belanjawan 2025, Sabah Idol, dan juga Battle of The Band.
Selain itu, tidak ketinggalan pengisian-pengisian menarik berlangsung di pentas utama seperti Sesi Meet & Greet Didi and Friends yang menjanjikan tarikan terbaik buat kanak-kanak yang hadir. Di samping itu, Slot TikTok Shop, Bicara Usahawan , Sesi Kahoot KBBM, Sesi Buskers turut disajikan kepada semua pengunjung yang mahu mendapatkan informasi tambahan.
Seperti dua hari sebelumnya, reruai KPDN masih ramai menerima kehadiran pengunjung untuk mendapatkan perkhidmatan Advokasi Kepenggunaan bagi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 1.0 dan 2.0 (Budi MADANI-MySubsidi Diesel) , Advokasi Portal dan aplikasi Ihsan MADANI, Advokasi peranan dan Fungsi Penguatkuasaan.
Turut mendapat sambuatan daripada pengunjung di reruai KPDN adalah pemeriksaan alat ketulenan emas, Inisiatif payung RAHMAH MADANI, Advokasi Kempen Beli Barangan malaysia dan penandaan logo barangan malaysia, Aplikasi Mudah Alih PriceCatcher, Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS), Inisiatif pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI), Sistem Ejen pemilikan Semula (MyEPS), Advokasi Foodbank Malaysia, Advokasi jualan Langsung, Advokasi gerakan kepenggunaan, Advokasi standard keselamatan barangan pengguna serta Advokasi perkhidmatan oleh Tribunal Tuntutan Malaysia (TTPM) turut menjadi pilihan para pengunjung untuk mendapatkan maklumat.
Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) semestinya tidak sunyi kerana masih menerima pengunjung pada saat akhir sehingga jam 6 petang yang tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan diskaun berbaloi 10%-30% bagi yang mendapatkan barangan keperluan harian.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat