Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PERASMIAN PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 SAYANGI SABAH

KOTA KINABALU, 19 OKTOBER 2024, SABTU- YAB Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan perasmian Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah bertempat di Perkarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Pada masa yang sama, YAB Perdana Menteri turut merasmikan peluncuran inisiatif baharu kerajaan iaitu Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan  (GEMPUR) bertempat di Pavilion KPDN. Inisiatif yang dikenali sebagai KITA GEMPUR ini telah digagaskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai satu langkah strategik kerajaan untuk membina gerakan massa bagi menangani isu manipulasi dalam aktiviti perniagaan dan ketirisan yang melibatkan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive