Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SEMINAR “FOCUS ON WOMEN” NAVIGATING INNOVATION & CREATIVITY

PETALING JAYA, 15 APRIL 2025, SELASA - Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menganjurkan seminar “Focus on Women: Navigating Innovation and Creativity” dalam mengiktiraf peranan besar wanita sebagai penggerak inovasi negara.

YB Senator Dr. Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Seminar “Focus on Women: Navigating Innovation and Creativity” bertempat di Menara MyIPO, Petaling Jaya, Selangor.

Seminar anjuran MyIPO dengan kerjasama Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) ini telah menghimpunkan lebih 150 penyelidik, usahawan dan pencipta bagi meraikan keunggulan daya cipta wanita dalam ekosistem inovasi landskap harta intelek negara serta sebagai usaha memperkasa wanita melalui kefahaman terhadap peranan harta intelek sebagai aset strategik perniagaan.

Turut hadir bersama YBrs. Pn. Yusnieza Syarmila Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) MyIPO, YBrs. Tn. Haji SH. Arifin SH. Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MyIPO dan Pegawai-pegawai kanan kementerian.

 

Disediakan oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive