Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

THE LOST FOOD PROJECT LANCAR HAB PENGAGIHAN MAKANAN BAHARU

intelek

KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2025 - YB Senator Dr.Fuziah binti Salleh hari ini telah menghadiri Majlis Pelancaran Hab Pengagihan Makanan Baharu bersempena dengan Sambutan Ulang tahun ke-10 penubuhan The Lost Food Project yang merupakan salah satu rakan strategik utama bagi Program Food Bank Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pelancaran hab pengagihan makanan baharu oleh The Lost Food Project (TLFP) hari ini merupakan penambahbaikan daripada pihak TLFP dalam usaha berterusan untuk menangani isu keselamatan makanan dan pembaziran makanan di Malaysia. Majlis bersejarah ini disaksikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Zara Salim, Raja Permaisuri Perak bersama barisan rakan strategik, wakil industri makanan dan badan bukan kerajaan.

KPDN merupakan Kementerian yang secara langsung menyelaras program bank makanan dengan kerjasama pihak NGO. Melalui pelaksanaan program bank makanan serta teknologi retort, ia sekali gus memberi manfaat secara menyeluruh daripada inisiatif ini.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive