Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

TURUN PADANG YB MENTERI BAGI PENYEDIAAN PETROL RON97 DI PETRONAS KIMANIS

intelek

𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗞𝗨𝗧, 𝟯 𝗠𝗲𝗶 – YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini turun padang meninjau pelaksanaan penyediaan petrol RON97 di Stesen Petronas Kimanis, Sabah.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil langkah proaktif bagi menangani isu bekalan petrol RON97 di kawasan Pantai Barat Selatan Sabah yang memberi kesan kepada pelawat khususnya dari Brunei.

Inisiatif ini bukan sahaja menyokong keperluan pelawat dari Brunei yang melalui laluan darat ke Kota Kinabalu, malah membolehkan penilaian terhadap keberkesanan operasi, kestabilan bekalan serta corak permintaan pelanggan.

Sebagai tambahan, KPDN turut melaksanakan mekanisme Rekod Log Pemantauan ke atas 538 stesen minyak di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 1 Januari 2025 sebagai usaha berterusan memantau dan memperkukuh aspek penguatkuasaan serta pengurusan bekalan bahan api bersubsidi dan tidak bersubsidi.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive