Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KPDN & AGENSI TAHUN 2024

intelek

PUTRAJAYA, 6 MEI 2025, SELASA- YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyempurnakan penyampaian Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPDN & Agensi Tahun 2024 yang telah diadakan di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya.

Majlis ini memberi penghargaan kepada pegawai yang telah menunjukkan prestasi tinggi, bukan sahaja dalam menjalankan tugas rasmi, tetapi juga melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

Pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian warga perkhidmatan awam merupakan satu usaha penting dalam memperkukuh budaya kerja cemerlang dalam sesebuah organisasi.

Seramai 459 penerima diraikan pada hari ini, terdiri daripada 271 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPDN, 66 Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SSM, 34 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MyIPO, 5 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MyCC, dan 68 penerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang. Turut disampaikan kepada 22 orang penerima Personel MySTEP pada tahun ini.

Semoga penganugerahan ini menjadi dorongan kepada seluruh warga KPDN untuk terus komited memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi dan berlandaskan nilai integriti.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive