TAWAU, 11 MEI 2025 - Hari terakhir Program MADANI Rakyat (PMR) Tawau mencatatkan kemeriahan luar biasa apabila Reruai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima kunjungan melebihi 4,000 orang sepanjang tiga hari berlangsungnya acara tersebut.
Tambah menarik, YB Datuk Armizan Mohd Ali turut meluangkan masa hari ini meninjau reruai KPDN dan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan KAHOOT MEGA yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.
Suasana bertambah meriah pada Majlis Perasmian Penutupan apabila ketibaan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim, disambut penuh meriah dan bersemangat oleh warga Tawau sekali gus mencerminkan kejayaan penganjuran program ini dalam mendekati masyarakat secara langsung.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat