Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

SEMINAR AKSES PASARAN RUNCIT DAN MAJLIS PENGHARGAAN USAHAWAN

CYBERJAYA, 15 MEI 2025 - YB Datuk Armizan bin Mohd Ali telah merasmikan Seminar Akses Pasaran Runcit Dan Majlis Penghargaan Usahawan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya, Selangor hari ini.

Majlis ini bertujuan untuk menghargai kejayaan yang dicapai oleh para usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya menembusi pasaran peruncitan dan juga sebagai tanda penghargaan kepada pihak industri yang terlibat.

YB Menteri turut melakukan sesi walkabout ke reruai yang terdiri daripada industri peruncitan.

Turut hadir, YBhg Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, YBhg. Datuk Roziah binti Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) KPDN, YBhg. Dato’ Haji Amran bin Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna dan Pengurusan) KPDN, YBhg. Datuk Azman bin Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, bersama barisan pegawai kanan kementerian.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive