PUTRAJAYA, 21 MEI 2025, RABU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi US-ASEAN Business Council yang diketuai oleh Ambassador Brian D. McFeeters, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Wilayah. Pertemuan ini bertujuan memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
US-ASEAN Business Council yang telah beroperasi selama 40 tahun terus memainkan peranan penting dalam memacu hubungan perdagangan antara Amerika Syarikat dan rantau Asia Tenggara. Kunjungan hormat ini memperkukuh lagi hubungan dua hala serta potensi perluasan pelaburan di Malaysia.
Kunjungan ini turut memperlihatkan komitmen US-ABC untuk meneroka sinergi baharu dengan Malaysia dalam era digitalisasi global. Peluang kerjasama dalam sektor teknologi dan ekonomi hijau turut dibincangkan bagi memperluaskan pasaran serta meningkatkan daya saing kedua-dua pihak.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat