Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PENETAPAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG BAGI PENYALAHGUNAAN “FLEET CARD” DAN “CASH CARD” SKDS 2.0

KUALA LUMPUR, 30 MEI 2025, JUMAAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Bahagian Kawal Selia Petroleum, Sektor Barangan Kawalan dan Bersubsidi telah menganjurkan Bengkel Penetapan Undang-Undang dan Penguatkuasaan bagi Penyalahgunaan _Fleet Card_ dan _Cash Card_ di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama pegawai kanan Bahagian Undang-undang, Bahagian Penguat Kuasa KPDN serta wakil daripada industri Syarikat Minyak di Malaysia bertempat di Hotel Pullman, Kuala Lumpur.

Penganjuran bengkel ini bertujuan bagi penetapan punca kuasa baharu yang akan dikuatkuasakan oleh KPDN bagi penyalahgunaan _fleet card_ dan _cash card_ untuk mengawal berlakunya ketirisan subsidi diesel dan petrol.

Dapatan perbincangan dan penyimpulan sepanjang bengkel berlangsung selama tiga (3) hari bermula 28 - 30 Mei 2025 telah dibentang di hadapan YBhg. Datuk Roziah Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) serta mendapat ulasan dan panduan oleh beliau.

Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Dr. Stanley Tan, Pengarah kanan Sektor Barang Kawalan dan Subsidi, YBrs. En. Afdal Izal Md. Hashim, Pengarah Bahagian Kawal Selia Petroleum dan Pegawai-pegawai kanan kementerian.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive