Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAM) dan JAMUAN RAKYAT KAMPUNG KAIDUAN

 

 

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI KAM dan JAMUAN RAKYAT KAMPUNG KAIDUAN

 

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAM) dan JAMUAN RAKYAT KAMPUNG KAIDUAN

PAPAR,12 JULAI 2025 - Hari ini merupakan tarikh bersejarah buat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kerana telah menganjurkan Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) serta jamuan rakyat di Sekolah Kebangsaan Kaiduan.

Program yang dihadiri  lebih daripada 1000 penduduk ini merupakan antara inisiatif baharu Kerajaan Persekutuan yang dimulakan pada tahun 2024. Antara objektifnya adalah  untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Sejak dilancarkan, Program Kampung Angkat MADANI KPDN ini telah menyaksikan komitmen dan kerjasama semua pihak dalam menggerakkan projek-projek yang telah dikenal pasti berdasarkan aspirasi penduduk setempat. Sebanyak 16 projek pembangunan fizikal yang disenaraikan telah siap sepenuhnya dan kini telah mula dimanfaatkan oleh penduduk.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, YBhg Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, dan para pengarah bahagian dan agensi KPDN.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive