ππππππ πππππππππ πππππππ π πππππππ ππππππππ ππππ πππ ππππ
KOTA KINABALU, 13 JULAI 2025, (AHAD)βYB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah hadir dan merasmikan Majlis Penutup Festival Pengguna (CONFEST 2025) bertempat di ITCC Penampang, Kota Kinabalu, Sabah.
CONFEST 2025 merupakan inisiatif dan anjuran Bahagian Gerakan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang mengetengahkan pendekatan hibur didik (edutainment) dalam menyampaikan maklumat berkaitan kepenggunaan kepada masyarakat. Program ini bukan sahaja menjadi platform penyampaian dasar dan inisiatif kerajaan MADANI, malah turut merapatkan hubungan antara kementerian dengan rakyat melalui pelbagai aktiviti interaktif dan berimpak tinggi.
Majlis penutup turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang pelbagai pertandingan sepanjang siri CONFEST 2025, termasuk Pertandingan Battle of the Buskers, Pertandingan Bicara Berirama Kepenggunaan, Pertandingan Sketsa Muzikal Kepenggunaan & Pertandingan Sorakan Perang (War Cry). Penghargaan ini diberikan kepada individu dan kumpulan yang berjaya menonjolkan kreativiti serta kefahaman mendalam terhadap isu-isu kepenggunaan, selaras dengan objektif utama festival.
Turut hadir bersama, YBhg. Datoβ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, YBhg. Datoβ Roziah binti Abudin-Timbalan Ketua Setiausaha (PDN), YBhg. Datoβ Haji Amran Haji Ahmad Timbalan Ketua Setiausaha (PPP), YBhg. Datuk Azman bin Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, pengarah-pengarah bahagian & negeri, serta pegawai-pegawai kanan Kementerian.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat