Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

MAJLIS PENYERAHAN KIT MERDEKA DAN KEMPEN LOVE LOCAL

menupromosi    

MAJLIS PENYERAHAN KIT MERDEKA DAN KEMPEN LOVE LOCAL

PAPAR, 24 OGOS 2025, AHAD- Hari ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Kit Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2025 di bawah Inisiatif 1 rumah 1 Jalur Gemilang (Kluster Industri) yang diselaraskan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dengan kerjasama strategik Petronas Dagangan Berhad bertempat di Petronas Papar, Sabah.

YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyempurnakan penyampaian kit Jalur gemilang kepada rakan strategik industri Petronas Dagangan Berhad serta merasmikan pelancaran Kempen Love Local Petronas Tahun 2025.

Inisiatif ini merupakan langkah PETRONAS dalam menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM), di mana sepanjang kempen tersebut, produk keluaran perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan akan dipamerkan di rak khas Kedai Mesra PETRONAS yang ditandai dengan logo KBBM bermula 25 Ogos hingga 30 September 2025 .

Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),YBhg. Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, YBhg. Dato’ Dr. Stanley Tan, Pengarah Kanan Sektor Barang Kawalan dan Subsidi, YBrs. En. Naim Fahmi Ahmad, Pengarah Kanan (Pengurusan), Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), YBrs. En. Norazlan Subaha, Pengurus Besar (Bahagian Runcit-Bahan Api) Petronas Dagangan Berhad, YBrs. En. Shahril Nizam Shahidin, Pengarah KPDN Negeri Sabah, pegawai-pegawai kanan kementerian dan wakil-wakil rakan strategik industri.



Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive