MAJLIS PERASMIAN PROGRAM FAIR-TASTE MALAYSIA, JEPUN DI BAWAH INISIATIF KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA TAHUN 2025
TOKYO, JEPUN, 20 SEPTEMBER 2025 - YBhg. Datuk Roziah Binti Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah merasmikan program Program Fair-Taste Malaysia, Jepun Di Bawah Inisiatif Kempen Beli Barangan Malaysia Tahun 2025 bertempat di AEON Makuhari Shintoshin, Tokyo, Jepun.
Program ini merupakan sebagai daripada inisiatif Kempen Beli Barangan Malaysia tahun 2025 yang telah dirancang dalam usaha membawa produk usahawan tempatan ke pentas antarabangsa sekali gus memperkasakan Kempen Beli Barangan Tempatan. Sejumlah 177 SKU telah dibawa ke Jepun untuk dipamerkan di AEON Makuhari Shintoshin, Tokyo bagi tujuan promosi dan pengenalan barangan Malaysia kepada masyarakat Jepun.
Program ini turut dihadiri oleh Encik Zainal Azlan Bin Mohd Nadzir, Timbalan Ketua Perwakilan, Kedutaan Besar Malaysia di Jepun, Cik Syaliza Abd Aziz, Pengarah Pelancongan Malaysia di Tokyo dan Encik Izran bin Abdullah, Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia di Tokyo.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat