Bil | Senarai Undian dan Kajian | Tujuan | Tempoh | Status |
1 | MAKLUM BALAS PELANGGAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN) | Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelanggan berhubung tahap pengamalan nilai-nilai murni di jabatan/agensi kerajaan yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. | Sepanjang Tahun | Buka |
2 | SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN | KPDN sedang menjalankan soal selidik untuk mendapatkan pandangan umum berkaitan kepuasan pelanggan di seluruh kaunter perkhidmatan KPDN. Semua maklum balas yang diterima bertujuan menambah baik perkhidmatan di seluruh kaunter KPDN pada masa akan datang. | 2022 | Tutup |
3 |
TINJAUAN SOAL SELIDIK BAGI PROGRAM ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (AKM) 100 HARI PERTAMA AHLI JEMAAH MENTERI TAHUN 2021 |
Tinjauan ini bertujuan mendapat pandangan warga kementerian terhadap YB Menteri dan Kementerian masing-masing dalam Program Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari Pertama Ahli Jemaah Menteri. |
1- 15 November 2021 |
Tutup |
4 |
KPDN sedang menjalankan soal selidik untuk mendapatkan pandangan umum berkenaan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP). Tujuan soal selidik ini adalah untuk mengetahui keberkesanan dan menambahbaik program SHMMP serta hala tuju pelaksanaan skim tersebut pada masa akan datang. |
17 - 31 Ogos 2021 |
Tutup | |
5 |
Soal Selidik Berkaitan Penggunaan Pelitup Muka Oleh Rakyat Malaysia |
KPDN Dalam Usaha Penambahbaikan Yang Berterusan, Sedang Menjalankan Soal Selidik Berkaitan Penggunaan Pelitup Muka Di Kalangan Rakyat Malaysia. Soal selidik ini adalah untuk mengetahui tujuan serta faktor pemilihan pelitup muka oleh rakyat Malaysia. |
9 - 22 Jun 2021 |
Tutup |
6 | Soal Selidik Keberkesanan Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Di Kalangan Rakyat Malaysia | Kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui keberkesanan dan menambahbaik program SHMMP untuk memastikan harga berada pada tahap munasabah dan bekalan sentiasa mencukupi di pasaran sewaktu musim-musim perayaan utama negara dalam kalangan pengguna di Malaysia. | 2020 | Tutup |
7 | Soal Selidik Penggunaan Minyak Masak Bersubsidi Pek Polybag 1kg Dalam Kalangan Rakyat Malaysia (Isi Rumah) | 2020 | Tutup | |
8 | E-Consumer Surveys 2019 | Kajian ini dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang bertujuan untuk mengukur tahap kesedaran dan hak-hak pengguna e-Dagang di Malaysia | 2019 | Tutup |
9 | Undian Maklum balas pengguna bagi “Aplikasi telefon pintar PriceCatcher” | Mendapatkan maklumbalas awam terhadap aplikasi PriceCatcher | 2018 | Tutup |
10 | E-Consumer Surveys 2018 | Kajian ini dijalankan oleh Kementerian Perdangangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup yang bertujuan untuk mengukur tahap kesedaran dan hak – hak pengguna e-Dagang di Malaysia | 2018 | Tutup |
11 | Apakah Jenis Barang Sebagai Bakul barangan keperluan rakyat? | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui barangan keperluan semasa rakyat. | 2018 | Tutup |
12 | Survei Online Kajian “Sikap Masyarakat ke atas Koperasi” | Mendapatkan persepsi masyarakat terhadap koperasi | 2017 | Tutup |