anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home Public KPDN Open Data Media Berita Terkini 2019 7 Buah Zon Perniagaan Diberi Penarafan Program Zon Perdagangan Terpilih ( ZPT) Bagi Zon Tengah 2019

 

KEPELBAGAIAN KEMAHIRAN PERLU JADI BUDAYA

KUALA LUMPUR, 27 MEI 2019 – Sebanyak tujuh zon perdagangan / zon peniagaan di zon tengah menerima pengiktirafan program Zon Perdagangan Terpilih (ZPT) dalam majlis yang diadakan di Sunway Velocity Mall, Cheras.

Majlis yang diadakan ini dilaksanakan di lima buah zon yang meliputi Zon Utara, Tengah, Selatan, Timur dan Borneo dengan penglibatan negeri di bawah Program Zon Perdagangan Terpilih. Ia adalah sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan kepada setiap kompleks / zon / perniagaan yang telah berjaya mencapai tahap pematuhan Key Perfomance Indicator (KPI) di bawah Program Penguatkuasaan Bestari (Smart Enforcement) bagi tahun 2018.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dalam ucapannya di sini petang tadi berkata, pengiktirafan ini membawa makna yang besar kepada syarikat yang terbabit.

Ia juga untuk memberi hebahan kepada masyarakat pengguna tentang kewujudan kompleks perniagaan yang menjalankan perniagaan secara beretika melalui kaedah kawalan kendiri selaras dengan peraturan dan perundangan yang dikuat kuasakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Langkah ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan syurga membeli belah dalam melonjakkan ekonomi negara serta penyertaan pelaburan asing di negara ini.

Program penarafan ini melibatkan sebanyak 37 buah ZPT dan hampir 3220 premis perniagaan yang telah berjaya mencapai tahap pematuhan yang ditetapkan selama tiga tahun berturut-turut.

Selain menerima sijil penghargaan dan plak penarafan, zon perniagaan ini akan menerima ganjaran lain berupa promosi ZPT sebagai destinasi membeli belah, menyenaraikan ZPT di dalam direktori pelancongan, program-program outreach di ZPT, memperbanyakkan premis pernaigaan Kedai Harga Patut di ZPT, menghebahkan ZPT dikalangan Rakan KPDNHEP ( Friends Of KPDNHEP) dan disenaraikan di laman sesawang kementerian.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP