Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

Keanggotaan Tribunal Rayuan Persaingan

Tribunal Rayuan Persaingan dianggotai oleh seorang Presiden dan anggota yang dilantik oleh Perdana Menteri atas syor Menteri. Presiden Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah dilantik daripada kalangan Hakim Mahkamah Tinggi dan anggota-anggotanya ialah orang yang mempunyai kepakaran yang berkaitan dalam perindustrian, perdagangan, ekonomi, undang-undang, perakaunan, atau hal-ehwal pengguna. Presiden dan anggota Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi enam tahun.

Pada masa ini keanggotaan Tribunal Rayuan Persaingan adalah seperti berikut:-

  1. YA Dr. Shahnaz binti Sulaiman (Presiden);
  2. YBhg. Datuk Dr. Mohd. Gazali bin Abas;
  3. YBhg. Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Rahim;
  4. YBhg. Tan Sri Muhammad bin Ibrahim;
  5. YBhg. Dato’ Zainal Azman bin Abu Seman;
  6. YBrs. Tuan Chambai Anak Lindong;
  7. YBrs. SR.Hj. Ishak bin Ismail;
  8. YBhg. Dato’ Gunalan a/l Muniandy;
  9. YBhg. Dato’ Mah Weng Kwai;
  10. YBhg. Datuk Ir. Abdullah bin Isnin;
  11. YBhg. Dato’ Salim bin Parlan

Tribunal Rayuan Persaingan ditadbir oleh seorang Setiausaha yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 50 Akta Persaingan 2010. Menteri boleh menetapkan apa-apa bilangan pegawai awam yang difikirkannya layak untuk membantu Setiausaha.