Payung RAHMAH
Inisiatif Jualan RAHMAH MADANI
PENGENALAN
- Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) yang dilancarkan pada 11 Januari 2023 merupakan salah satu inisiatif di bawah Payung RAHMAH, yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
- Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) merupakan program jualan murah sepanjang tahun yang disertai oleh pelbagai pihak termasuk pasaraya besar dan kecil, pemborong, peruncit serta koperasi.
- Melalui program ini, pengguna dapat menikmati penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10% hingga 30% lebih rendah berbanding harga pasaran setempat.
- Pelaksanaan PJRM meliputi semua 600 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara serta 40 zon di Wilayah Persekutuan.
- Antara barangan keperluan harian yang diberikan diskaun adalah ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, minyak masak botol, tepung gandum, sayur-sayuran dan buah-buahan, barangan penjagaan diri, barangan pembersihan rumah, lampin pakai buang, barangan keperluan sekolah, ubat-ubatan dan serta pelbagai barangan lain, merangkumi makanan dan bukan makanan.
OBJEKTIF
KUMPULAN SASAR
MODEL PELAKSANAAN
PJRM BERTEMA
SEKRETARIAT JUALAN RAHMAH
Sebarang maklumat lanjut berhubung Program Jualan RAHMAH sila hubungi:
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup
Tel : 03-8882 6323/ 6971/ 5790/ 6185/ 6487/ 5769
Emel :