Domain |
Penerangan |
Emosi Positif |
Penilaian terhadap emosi, perasaan dan mood yang positif, elok dan menyenangkan misalnya gembira, ceria dan senang hati. |
Emosi Negatif |
Penilaian terhadap emosi, perasaan dan mood yang negatif, tidak elok dan tidak menyenangkan misalnya murung, sedih dan bimbang. |
Kepuasan Hidup |
Penilaian kognitif seseorang terhadap kualiti kehidupannya secara global (global judgements) berdasarkan kriteria atau faktor yang dianggap relevan oleh individu tersebut. |
Kefungsian Psikologi |
Penilaian terhadap kefungsian psikologi yang digambarkan melalui penerimaan kendiri, berupaya mengurus tanggungjawab harian, mempunyai perhubungan yang positif, ada peningkatan diri, autonomi kendiri dan memiliki makna dan tujuan hidup. |
Kesejahteraan Sosial |
Penilaian terhadap kefungsian dan reaksi individu dalam konteks sosial yang digambarkan melalui sumbangan sosial, penglibatan dalam komuniti, positif terhadap perkembangan masyarakat, berpandangan baik terhadap orang lain, dan boleh memahami apa yang berlaku dalam masyarakat. |
Ia juga digunakan sebagai asas dalam pelaksanaan program pembangunan, pencegahan dan intervensi berdasarkan domain yang dikenalpasti dalam hasil dapatan kajian.
