Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

Jawatankuasa Menimbang & Meluluskan Permohonan Di Bawah Seksyen 21(1) Dan Seksyen 22 Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 (JKZEE)

Seksyen pelesenan petroleum ini bertangungjawab sebagai Urus setia bagi Jawatankuasa Menimbang & Meluluskan Permohonan di bawah Seksyen 21 (1) dan Seksyen 22 Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984 [Akta 311].

1. Seksyen 21(1) Tiada seorang pun boleh membina, mengendali atau menggunakan mana-mana pulau, pepasangan atau struktur buatan dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua melainkan dengan kuasa Kerajaan dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakannya. 


2. Seksyen 22(1) Tiada seseorang pun boleh memasang kabel-kabel bawah tanah atau talian paip dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua tanpa persetujuan Kerajaan mengenai penandaan arah memasangkan kabel-kabel dan talian-talian paip tersebut. 


3. Seksyen 22(2) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Kerajaan boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan perlu bagi memasang atau menyelenggara kabel-kabel dan talian-talian paip tersebut dalam menjalankan hak-haknya untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi penjelajahan pelantar benua, pengeksploitasian sumber alam dan pencegahan, pengurangan dan kawalan dari pencemaran kabel-kabel atau talian-talian paip tersebut.


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive