Barang – Barang Yang Dilarang Import
AKTA KAWALAN BEKALAN 1961
PERATURAN-PERATURAN KAWALAN BEKALAN (LARANGAN IMPORT) 2021
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian telah mewartakan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Larangan Import) 2021 yang berkuatkuasa pada 26 November 2021.
Di bawah peraturan ini, mana-mana orang tidak boleh mengimport apa-apa barang kawalan melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan seperti berikut:
BIL. | BARANG KAWALAN |
1. | Gula |
2. | Simen |
3. | Tepung Gandum |
Walau apapun peruntukan di bawah PPKB (Larangan Import) 2021 ini, urusan import bagi barang kawalan di atas adalah masih tertakluk di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017. Mana-mana pihak yang berhasrat untuk melaksanakan aktiviti import bagi barang kawalan tersebut hendaklah mematuhi kedua-duanya.
Link kepada Warta Kerajaan,
BIL | NAMA DOKUMEN | RUJUKAN |
1 | Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Import) 2021 | Muat Turun |