Perihal Dagangan
Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 menerangkan bahawa:
Makanan / Barang-barang ditafsirkan sebagai halal apabila:
- Tidak mengandungi bahagian daripada binatang terlarang bagi orang Islam atau tidak disembelih;
- Tidak mengandungi Najis;
- Tidak memabukkan;
- Tidak mengandungi anggota atau hasilan daripada manusia,;
- Tidak beracun atau berbahaya kepada manusia;
- Peralatan yang tidak dicemari najis; dan
- Tidak bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan binatang terlarang atau najis semasa diproses.
Penggunaan perbahasaan yang memperdayakan atau mengelirukan bahawa sesuatu makanan itu boleh dimakan oleh orang Islam juga merupakan suatu kesalahan. Antara contoh ungkapan yang menunjukkan makanan itu boleh dimakan oleh orang Islam adalah:
- Penggunaan ayat Al-Quran
- Kalimah Allah atau Muhammad
- Buffet Ramadhan/iftar
- Kaligrafi / Khat yang merujuk kepada agama Islam
- Bismillahirahmanirahim
Penalti
Jika peniaga disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda :
- Bagi pertubuhan perbadanan: tidak melebihi RM5,000,000.00, kesalahan berikut tidak melebih RM10,000,000.00
- Bagi bukan pertubuhan perbadanan: tidak melebihi RM1,000,000.00 / penjara tidak lebih 3 tahun, atau kedua-duanya, kesalahan berikut tidak melebih RM5,000,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun, atau keduanya.
Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 pula menerangkan mengenai:
Semakan Status Halal