Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

imageBANGI, 6 OGOS 2023, AHAD – YB Datuk Armizan Mohd Ali, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini berkesempatan hadir ke Program Jelajah Jualan Ehsan RAHMAH (JER) peringkat negeri Selangor dan mengadakan sesi walkabout di sekitar Kompleks PKNS Bangi, Selangor.

Program Jualan Ehsan RAHMAH (JER) ini merupakan kerjasama di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) yang telah dimeterai pada 31 Mei 2023.

Pelaksanaan program ini telah dilakukan meliputi keseluruhan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Selangor.Antara barang-barang yang dijual dan ditawarkan di Program Jelajah Jualan Ehsan RAHMAH adalah seperti Ayam Segar, Telur Ayam, Gula dan barangan keperluan asas harian yang lain.

Sempena program pada hari ini, beberapa tawaran menarik disediakan dengan konsep jualan premis terbuka iaitu:

a. Jualan 2,000 ekor ayam standard serta lain-lain barangan asas seperti beras, telur ayam, minyak masak, ikan, gula dan daging sejuk beku;

b. Jualan Happy Hour kepada 100 orang pengunjung terpilih, pada harga RM5.00 untuk seekor ayam standard (terhad kepada maksimum 200 ekor ayam standard sahaja) dan RM5.00 untuk satu 1 beg beras 5kg (terhad kepada maksimum 100 unit beg beras sahaja); dan

c. Jualan barangan keperluan dan penjagaan bayi oleh Pasar Raya Billion di Kompleks PKNS Bangi.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


imageTERENGGANU, 5 OGOS 2023, SABTU - Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup turun padang dan melakukan sesi pemantauan ke Syarikat Pembungkusan Minyak Masak Hajah Maimunah di Mengabang, Telipot, Batu Rakit, Terengganu.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri proses pembungkusan di premis tersebut serta mengenalpasti isu-isu yang terlibat dalam pengedaran minyak masak dan membuat keputusan yang diperlukan dalam rantaian edaran barang kawalan minyak masak khususnya di negeri Terengganu.

Pada masa yang sama, sesi pemantauan ini juga bertujuan memastikan tiada penyelewengan yang berlaku dan bagi memastikan bekalan minyak masak peket 1kg sentiasa mencukupi di pasaran untuk semua warga Malaysia MADANI.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


imageBUKIT JALIL, 30 JULAI 2023, AHAD – Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada telah merasmikan Majlis Perasmian Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2023 yang bertemakan “Pengguna Berdaya, Negara RAHMAH Sejahtera” di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Hari Pengguna Kebangsaan saban tahun disambut pada tanggal 15 Mac bersama-sama Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia atau World Consumers Rights Day (WCRD) diperingkat global. Walau bagaimanapun, tahun ini negara kita menyambut Hari Pengguna Kebangsaan 2023 (HPK) pada bulan Julai iaitu 28 hingga 30 Julai 2023.

Tema pada tahun ini telah di rangka dan dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu Penguna Berdaya dan Negara RAHMAH Sejahtera. Pengguna Berdaya ialah pengguna yang berpengetahuan, tahu hak dan berani bertindak yang merupakan matlamat utama KPDN kepada rakyat Malaysia.

Seterusnya, Negara RAHMAH Sejahtera pula merupakan negara yang menjaga ekonomi dan kebajikan rakyat dengan mewujudkan persekitaran ekonomi yang adil di atas prinsip kasih sayang.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


imageBUKIT JALIL, 30 JULAI 2023, AHAD– Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bersama-sama Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah melepaskan “Flag Off” lori Jualan RAHMAH Bergerak Peringkat Kebangsaan yang diadakan bersempena Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebanyak 16 lori telah dihimpunkan dari seluruh Negara untuk turut serta di dalam acara “Flag Off” Jualan RAHMAH Bergerak #KedaiCariRakyat.

Jualan RAHMAH Bergerak ini ianya mempunyai kelebihan di mana lori-lori Jualan RAHMAH Bergerak dapat di pastikan sampai secara terus kepada golongan sasar.

Pelaksanaan berkonsepkan “Kedai Cari Rakyat”, ianya mampu dilaksanakan di tempat berbeza pada hari yang sama, di mana lori yang membawa barang-barang keperluan asas harian mampu masuk ke kampung- kampung, kawasan B40, kawasan PPR dan taman perumahan kos rendah, kemudiannya terus membuat jualan di kawasan tersebut.

Sehingga 29 Julai 2023, Program Jualan RAHMAH Bergerak sejak ianya dilancarkan buat pertama kali pada 16 Jun 2023 telah berjaya dilaksanakan di 396 lokasi berbeza di seluruh negara, dari Perlis sehinggalah ke Sabah.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive