Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

NILAI, 28 APRIL 2017 – Program “Varsity Entrepreneurship Skills And  Talents 2017” (VEST) anjuran bersama Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini.

Program ini dirasmikan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) USIM, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahlan, Pengerusi PNS, Datuk Syed Ali Al-Habshee dan Pengarah Urusan PNS, Dato’ Syed Kamarulzaman Dato’ Syed Zainol Khodki Shahbudin.

VEST merupakan sebuah program pertandingan keusahawanan yang melibatkan 20 institusi pengajian tinggi seluruh negara. Peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai dari RM 10,000 sehingga RM50,000 .

Pertandingan terbuka kepada mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun. Tarikh penyertaan bermula 21 April hingga 10 Mei 2017. Maklumat lanjut mengenai pendaftaran, boleh melayari laman web PNS di www.pns.com.my/vest-online-registration.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


IPOH, 25 APRIL 2017 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini mengadakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan SSM Perak yang baharu di Basco Avenue, dekat sini.

Bangunan pertama SSM di luar bandaraya Kuala Lumpur itu akan dibina dengan ketinggian 10 tingkat, di atas tanah berkeluasan 17.7 ekar dan dijangka siap pada tahun 2020.

Pembinaan bangunan di Perak ini juga dilihat dapat memberi rangsangan dan galakan kepada para usahawan di Perak menjalankan perniagaan.

Hadir merasmikan majlis tersebut ialah Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir.

Turut hadir Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Henry Sum Agong, Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Jamil Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


IPOH, 25 APRIL 2017 – Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Henry Sum Agong hari ini mengadakan lawatan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dalam program tanggungjawab sosial korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Beliau yang disertai Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, YBhg. Dato’ Zahrah Abd Wahab FennerKetua Pegawai Eksekutif SSM, YBhg. Dato’ Zahrah Abd Wahab FennerKetua Pegawai Eksekutif SSM, YBhg. Dato’ Zahrah Abd Wahab FennerKetua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner turut menyampaikan satu unit mesin dialisis bernilai RM80,000, sumbangan SSM.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


SELAMA, (PERAK) 20 APRIL 2017 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini mengadakan Majlis Penyerahan Zakat bertempat di Dewan Majlis Daerah Selama, dekat sini.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin hadir merasmikan majlis tersebut dan seterusnya menyampaikan zakat berjumlah RM200,000 kepada 1,000 penerima dari sekitar Parlimen Larut.

Dato’ Seri Hamzah turut menyampaikan dua mesin dialisis, satu unit mesin dialiser, dan satu unit mesin reverse osmosis berjumlah RM157,000, sumbangan daripada SSM, ketika lawatan beliau ke Hospital Selama.

Hadir sama, Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Jamil Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive