Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap
PELAKSANAAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN KRISMAS DAN JUALAN RAHMAH KRISMAS

image

KUALA LUMPUR, 20 DISEMBER 2024, JUMAAT- Menjelang perayaan Krismas yang bakal disambut pada 25 Disember nanti, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mewartakan harga maksimum 14 barangan keperluan terpilih bagi peringkat pemborong dan peruncit di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas Tahun 2024 berkuat kuasa 23 hingga 27 Disember 2024 (5 hari).

Inisiatif ini diharapkan dapat membantu mereka yang menyambut perayaan ini merancang perbelanjaan dan menikmati pembelian barangan keperluan perayaan pada harga yang berpatutan.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


WALKABOUT KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA (KBBM) 2024

image

SHAH ALAM, 19 DISEMBER 2024, KHAMIS- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan sesi walkabout KBBM di Aeon Mall Shah Alam. Program ini merupakan kerjasama antara KPDN dan AEON CO (M) Bhd bagi Inisiatif Pemerkasaan Produk Usahawan Tempatan di bawah KBBM pada tahun 2024 yang berlangsung pada 19 - 22 Disember 2024 ini bertujuan untuk mengangkat produk barangan Malaysia melalui kerjasama bersama pasar raya besar, pasar raya mahupun  kedai serbaneka ke arah pemerkasaan produk tempatan dalam industri peruncitan tempatan.

Penglibatan seramai 10 usahawan tempatan bimbingan KPDN yang telah berjaya memasuki pasaran Aeon untuk mempromosikan Kempen ini serta meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai ketersediaan produk barangan di pasaran tempatan.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


YB MENTERI TURUN PADANG MERIAHKAN PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM) SEMPENA HARI NATAL 2024

image

YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turun padang dengan meluangkan masa hadir memeriahkan Program Advokasi Kepenggunaan dan Sumbangan Bakul Makanan Yayasan Petronas  di Dewan Gereja St. Augustine Kinarut pada 15 Disember 2024.

Program ini merupakan salah satu inisiatif KPDN untuk mendekati dan menyantuni rakyat khsususnya komuniti setempat. Program turut dimeriahkan dengan hadiah cabutan bertuah untuk para pengunjung dan juga sesi happy hour yang memberi peluang tawaran harga lebih 30% untuk barangan keperluan harian.

Istimewanya hari ini juga ialah penyerahan sumbangan daripada Petronas melalui Yayasan Petronas kepada 200 keluarga bagi Parlimen Papar berupa barangan keperluan harian sempena menjelang perayaan nanti.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


PROGRAM JELAJAH KARNIVAL KPDN 2024 ZON SELATAN NEGERI MELAKA

image

AYER KEROH, 8 DISEMBER 2024, AHAD –Program Jelajah Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang telah berlangsung selama 3 hari akhirnya melabuhkan tirainya pada 8 Disember 2024 bertempat di Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka.

Jelajah KPDN Zon Selatan ini merupakan siri terakhir bagi tahun 2024 dan telah berjaya tersenarai di dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘Longest Non-Stop Government Community Sales’ iaitu pelaksanaan selama 40 jam tanpa henti Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM).

Program ini juga turut berjaya menarik lebih 100,000.00 pengunjung daripada dalam dan luar negeri Melaka dan mencatat kutipan jualan tertinggi mencecah RM2.7 Juta. Pelbagai aktiviti menarik serta pameran yang informatif disediakan buat pengunjung yang hadir.  KPDN berharap agar para pempamer dan pengunjung dapat memanfaatkan platform ini untuk memperluas rangkaian perniagaan, memperkenalkan jenama masing-masing, serta menikmati peluang-peluang yang disediakan sepanjang karnival berlangsung.

Dalam pada itu, KPDN telah mengumumkan penubuhan pasukan sukarelawan Skuad Ihsan MADANI KPDN sebagai usaha mendokong nilai IHSAN dalam Kerajaan MADANI dan seruan kerajaan mempergiat partisipasi penjawat awam sebagai sukarelawan banjir.

Turut hadir, YB Tuan Allex Seah Shoo Chin EXCO Pembangunan Usahawan, Negeri Melaka, YB Tuan Veerapan Superamaniam, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, ADUN Repah,YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, YBhg. Datuk Roziah Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), YBhg. Dato' Haji Amran Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna dan Pengurusan) KPDN dan pegawai-pegawai kanan Kementerian dan agensi.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive