Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

perhimpunan perwakilan nasional 2024 original

SEREMBAN, 1 JUN 2024, SABTU- YB Senator Puan Hajah Fuziah Saleh telah menghadiri Perhimpunan Perwakilan Nasional 2024 bertempat di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan.

YB Senator menyampaikan ucaptama  dengan merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia di atas kejayaan program MySavedFood@ Ramadan tahun 2024 selama 26 hari di 139 buah bazar ramadan seluruh negara. Pelaksanaan program ini telah menunjukkan pencapaian memberangsangkan dimana sebanyak 60.65 tan makanan dan minuman bernilai RM724,770 berjaya diselamatkan dan pelepasan gas rumah hijau (Greenhouse gas (GHC) emissions) sebanyak 113,763kg dapat dihalang.

KPDN telah mengambil langkah lebih proaktif dengan melancarkan satu inisiatif baharu iaitu Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yang dianggotai oleh pelajar institut Pengajian Tinggi (IPT) dan berperanan sebagai duta kecil kepenggunaan KPDN dalam menyampaikan mesej kepenggunaan di kalangan mahasiswa.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


sesi penyerahan kad rahmah original

NILAI, 29 MEI 2024 (RABU) - YB Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyempurnakan Sesi Penyerahan Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH kepada pengusaha Kedai Nasi Ayam Berempah, di Nilai, Negeri Sembilan.

Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH ini merupakan salah satu kerjasama strategik di antara Kementerian dan pemain industri dalam sektor perdagangan dan pengedaran khusus buat pengusaha-pengusaha Menu RAHMAH di seluruh negara. Antara barangan yang ditawarkan dengan kadar diskaun kepada pengusaha Menu RAHMAH yang telah diluluskan penyertaan dalam program ini adalah barangan mentah seperti ayam, bawang dan barang asas makanan yang lain bagi membantu pengusaha mengurangkan kos penyediaan Menu RAHMAH.

Pada masa yang sama, inisiatif ini merupakan salah satu langkah untuk memastikan kelangsungan Program Menu RAHMAH sebagai galakan untuk meningkatkan lagi bilangan pengusaha restoran dalam menyertai Program Menu RAHMAH. Kementerian komited dalam memperluaskan dan menjayakan lagi Program Menu RAHMAH bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dapat menikmati pilihan makanan di luar dengan harga yang berpatutan.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


kpdn menyokong pertumbuhan sektor e original

SELANGOR, 25 MEI 2024 – YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyampaikan ucaptama dalam satu Majlis Anugerah Malaysia Top E-Commerce Merchants (Top ECM) 2023 anjuran Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec). Beliau juga telah menyampaikan anugerah kepada usahawan-usahawan yang terpilih bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang dan inovasi usahawan e-dagang di dalam Malaysia.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang merupakan agensi utama dalam tadbir urus e-dagang di Malaysia turut mengambil langkah proaktif untuk memastikan industri ini dapat berkembang dengan pesat. Di samping mendukung inisiatif peringkat nasional antaranya Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian ke-4 (MED4IR), Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang (NESR), Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), KPDN juga telah mewujudkan Pelan Strategik Digitalisasi Perdagangan Pengedaran (DTDIGITAL) dan Jawatankuasa Semakan Semula Perundangan E-Dagang (JKED) yang berperanan untuk memantau secara dekat prestasi pelaksanaan inisiatif berkaitan e-dagang selain mencadangkan dasar dan polisi serta program e-dagang yang holistik dan memberi impak besar kepada negara.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


SESI PENYERAHAN FLEET CARD SKDS 2.0 KEPADA SYARIKAT PENGANGKUTAN DARAT BERSAMA WAKIL SYARIKAT MINYAK

KLANG UTARA, SELANGOR, 23 MEI 2024 – Yang Berhormat Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini telah menyempurnakan sesi Penyerahan Fleet Card Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 kepada 15 syarikat pengangkutan darat bersama wakil syarikat minyak di Kawasan Rehat Klang Utara, Lebuhraya Baru Selat Klang Utara, Selangor.

 Sesi Penyerahan Fleet Card SKDS 2.0 kepada 15 syarikat pengangkutan darat ini melibatkan pelbagai jenis kenderaan seperti Lori Rigid – Kargo Am, Lori Rigid Luton/ Kotak, Panel Van, Lori Rigid Refrigerated dan Penggerak Utama.

 Sehingga 22 Mei 2024, sejumlah 28 ribu syarikat pengangkutan darat telah mendaftar dan mendapat kelulusan dalam pelaksanaan SKDS 2.0. Manakala, pengeluaran Fleet Card oleh lima syarikat minyak utama kepada syarikat-syarikat pengangkutan yang layak telah mencecah hampir 90 ribu sejak pengumuman dibuat oleh Kementerian pada 7 Mac 2024 yang lalu.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive