Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BADAN KEBAJIKAN DAN SUKAN KEMETERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN MALAYSIA (BKSK) TAHUN 2025

PUTRAJAYA, 27 FEBRUARI 2025, KHAMIS - Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Dan Sukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (BKSK) bagi tahun 2025 bertempat di Dewan Serbaguna KPDN, Putrajaya.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan dasar oleh Tuan Presiden BKSK iaitu YBhg. Dato’ Hj. Amran Bin Hj. Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna dan Pengurusan) KPDN.

Turut hadir sama ialah Naib Presiden Tuan Saifulbahri bin Abd. Kadir, Pengarah Seksyen Pengurusan Penguatkuasaan, Setiausaha Kehormat BKSK Encik Mohd Afendi Bin Ya@Zakaria, Bendahari Kehormat BKSK Puan Juiata Binti Taib, Ketua-Ketua Jawatankuasa dan ahli-ahli BKSK.

 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


MESYUARAT JAWATANKUASA PENSTABILAN HARGA DI SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

KUALA LUMPUR, 24 FEBRUARI 2025, ISNIN - Mesyuarat Jawatankuasa Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telah bersidang dan diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 24 Februari 2025 bertempat di Parlimen Malaysia.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Agenda mesyuarat adalah bertujuan mendengar perbentangan Hasil Laporan Akhir Kajian Penstabilan Harga Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Status Keputusan Mesyuarat Penyelarasan Penguatkuasaan bersama Agensi-Agensi Penguatkuasaan Negeri Sabah, Sarawak dan WP Labuan dan Laporan Status Bekalan dan Harga serta intervensi Padi dan Beras di Sabah dan Sarawak.

Turut diadakan ialah Sesi Penyerahan Buku Kajian Laporan Penstabilan Harga Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan oleh YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, kepada YB Datuk Ir Shaheimey bin Yahya, wakil pejabat Ketua Menteri Sabah, YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, wakil Pejabat Premier Sarawak dan En Ibrahim bin Tambi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbandaran Labuan.


MESYUARAT PEMURNIAN JAWAPAN PARLIMEN PERINGKAT KPDN PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KE-15

image

KUALA LUMPUR, 23 JANUARI 2025, KHAMIS - YB Timbalan Menteri,  Senator Dr. Fuziah binti Salleh telah menghadiri Mesyuarat Pemurniaan Jawapan Parlimen Peringkat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Penggal Keempat ke-15.

Mesyuarat ini adalah untuk menetapkan hala tuju dan sudut pandang bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat secara holistik kementerian. Selain itu, mesyuarat ini juga bertujuan memberikan pendedahan kepada Pegawai Penyelaras di peringkat Bahagian dan Agensi tentang kaedah penulisan jawapan yang mematuhi format ditetapkan, menyediakan input tambahan kepada soalan-soalan tambahan yang mungkin berbangkit.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


SESI AMANAT BERSAMA YBHG KSU KPDN DI BENGKEL STRATEGI KOMUNIKASI PROGRAM KEPENGGUNAAN TAHUN 2025

image

KUALA LUMPUR, 15 JANUARI 2025, RABU - YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyampaikan amanat dan hasrat beliau dalam penjajaran strategi kepenggunaan di Bengkel Strategi Komunikasi Program Kepenggunaan Tahun 2025 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Seperti sedia maklum, KPDN memfokuskan terhadap pendayaupayaan pengguna selaras dengan 4 pilar utama KPDN melalui Ketangkasan Penguatkuasaan, Pemacu Ekonomi Domestik, Daya Upaya dan Advokasi Kepenggunaan dan National Action Council of Cost Living-Pendekatan Whole of Nation.

Kegagalan dalam penyampaian pendidikan kepenggunaan kepada masyarakat akan memberi impak terhadap tahap pengetahuan masyarakat tentang hak-hak pengguna dalam undang-undang dan saluran serta platform yang boleh digunakan oleh mereka sekiranya berlaku ketirisan dalam urusan jual beli.

KPDN akan terus memperkasa dasar kepenggunaan agar ia dapat memberi kesedaran serta memberi impak dan signifikan terhadap pengguna.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive