Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap
MAJLIS PERASMIAN JELAJAH KARNIVAL KPDN & KBBM 2025 ZON SABAH

karnivalkpdnsabah    

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—ฃ๐——๐—ก & ๐—ž๐—•๐—•๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›

RANAU, 26 Julai 2025 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meneruskan penganjuran Program Jelajah Karnival KPDN dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 Zon Sabah yang berlangsung di Ranau, Sabah.

Majlis perasmian karnival ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam suasana penuh meriah dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat.

Karnival ini berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Julai 2025 dan dijangka menarik lebih daripada 60,000 pengunjung dari pelbagai latar belakang. Penganjuran ini menjadi platform utama KPDN dalam merakyatkan perkhidmatan kerajaan hingga ke akar umbi khususnya dalam memperkenalkan perkhidmatan di bawah tanggungjawab dan kefungsian KPDN kepada orang ramai.

Pada masa sama, Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 turut diperkasakan menerusi pelaksanaan karnival ini dengan tema โ€œJom Beli Lokalโ€. Tema ini membawa mesej penting kepada rakyat Malaysia untuk terus menyokong produk buatan tempatan sekaligus membantu merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.


Oleh: Unit Komunikasi Korporat


MAJLIS HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN KPDN 2025

Majlis Hari Terbuka Perpustakaan KPDN

 

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐„๐‘๐๐”๐’๐“๐€๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐๐ƒ๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

  PUTRAJAYA, 17 JULAI 2025, KHAMIS - Sekitar Majlis Hari Terbuka Perpustakaan KPDN 2025 bagi Pelancaran Sistem Repositori Digital KPDN dan Sistem Perpustakaan KPDN yang     dirasmikan oleh YBhg. Datoโ€™ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Perpustakaan KPDN, Putrajaya.

Pelancaran sistem tersebut adalah untuk memperkukuh infrastruktur digital dan memudahkan capaian ilmu pengetahuan kepada semua warga kementerian. Majlis penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada peserta program serta pertandingan yang dianjurkan oleh perpustakaan turut diadakan. Selain itu,sesi Pocket Talk turut mendapat perhatian oleh warga KPDN.

Turut menghadiri majlis ialah YBhg. Datoโ€™ Hj. Amran bin Hj. Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna), YBhg. Datuk Azman bin Adam, Ketua Pengarah Bahagian Penguat Kuasa, Pengarah Kanan, Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai kementerian.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


MAJLIS PERASMIAN PENUTUP FESTIVAL PENGGUNA CONFEST 2025

CONFEST 2025

 

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐…๐„๐’๐“๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐๐„๐๐†๐†๐”๐๐€ ๐‚๐Ž๐๐…๐„๐’๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

 

KOTA KINABALU, 13 JULAI 2025, (AHAD)โ€”YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah hadir dan merasmikan Majlis Penutup Festival Pengguna (CONFEST 2025) bertempat di ITCC Penampang, Kota Kinabalu, Sabah.

CONFEST 2025 merupakan inisiatif dan anjuran Bahagian Gerakan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang mengetengahkan pendekatan hibur didik (edutainment) dalam menyampaikan maklumat berkaitan kepenggunaan kepada masyarakat. Program ini bukan sahaja menjadi platform penyampaian dasar dan inisiatif kerajaan MADANI, malah turut merapatkan hubungan antara kementerian dengan rakyat melalui pelbagai aktiviti interaktif dan berimpak tinggi.

Majlis penutup turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang pelbagai pertandingan sepanjang siri CONFEST 2025, termasuk Pertandingan Battle of the Buskers, Pertandingan Bicara Berirama Kepenggunaan, Pertandingan Sketsa Muzikal Kepenggunaan & Pertandingan Sorakan Perang (War Cry). Penghargaan ini diberikan kepada individu dan kumpulan yang berjaya menonjolkan kreativiti serta kefahaman mendalam terhadap isu-isu kepenggunaan, selaras dengan objektif utama festival.

Turut hadir bersama, YBhg. Datoโ€™ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, YBhg. Datoโ€™ Roziah binti Abudin-Timbalan Ketua Setiausaha (PDN), YBhg. Datoโ€™ Haji Amran Haji Ahmad Timbalan Ketua Setiausaha (PPP), YBhg. Datuk Azman bin Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, pengarah-pengarah bahagian & negeri, serta pegawai-pegawai kanan Kementerian.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAM) dan JAMUAN RAKYAT KAMPUNG KAIDUAN

 

 

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI KAM dan JAMUAN RAKYAT KAMPUNG KAIDUAN

 

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAM) dan JAMUAN RAKYAT KAMPUNG KAIDUAN

PAPAR,12 JULAI 2025 - Hari ini merupakan tarikh bersejarah buat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kerana telah menganjurkan Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) serta jamuan rakyat di Sekolah Kebangsaan Kaiduan.

Program yang dihadiri  lebih daripada 1000 penduduk ini merupakan antara inisiatif baharu Kerajaan Persekutuan yang dimulakan pada tahun 2024. Antara objektifnya adalah  untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Sejak dilancarkan, Program Kampung Angkat MADANI KPDN ini telah menyaksikan komitmen dan kerjasama semua pihak dalam menggerakkan projek-projek yang telah dikenal pasti berdasarkan aspirasi penduduk setempat. Sebanyak 16 projek pembangunan fizikal yang disenaraikan telah siap sepenuhnya dan kini telah mula dimanfaatkan oleh penduduk.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datoโ€™ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, YBhg Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, dan para pengarah bahagian dan agensi KPDN.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive