anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home Media KPDN News Latest News 2022 YAB PERDANA MENTERI MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT KHAS MAJLIS TINDAKAN KOS SARA HIDUP NEGARA

YAB PERDANA MENTERI MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT KHAS MAJLIS TINDAKAN KOS SARA HIDUP NEGARA

PUTRAJAYA, 27 NOV 2022 -YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia,  telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang turut dihadiri oleh KSN dan KSU Kementerian-Kementerian yang terlibat. Kos Sara Hidup, Inflasi dan Harga Barang telah menjadi agenda utama Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan.

Sebanyak empat (4) kertas telah di bentangkan termasuk 1)Kedudukan Inflasi Semasa dan Kesan Kepada Isi Rumah oleh Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), 2)Polisi Kawalan Harga Serta Strategi Menangani Kos Sara Hidup oleh KSU KPDNHEP, 3) Status Semasa Kos Pengeluaran dan Bekalan Makanan Terpilih oleh KSU MAFI dan 4) Status Semasa Subsidi Subsidi dan Bantuan oleh KSP Perbendaharaan, MOF. Satu kertas iaitu Status Semasa Subsidi Tenaga oleh KSU KETSA tidak sempat dibentangkan tetapi telah dibangkitkan dalam sesi diskusi.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Gobernor dan Timbalan Gobernor Bank Negara, Timbalan KSU Kementerian-Kementerian terbabit, Pegawai-pegawai PMO dan Urusetia NACCOL.

YAB Perdana Menteri turut menzahirkan appresiasi beliau terhadap penguatkuasa KPDNHEP dalam mengawal bekalan dan harga barang di pasaran. YAB PM juga mengiktiraf ilmu dan pengalaman pegawai awam dan meminta ahli politik mendengar cadangan dari pegawai kerajaan supaya kesilapan lama tidak berulang. YAB PM memberi masa dua minggu kepada jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji dan melihat implikasi jika subsidi bersasar dilaksanakan melibatkan beberapa keperluan utama rakyat negara ini. Mesyuarat diakhiri dengan Sidang Media Perdana Menteri.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat