anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home Media KPDN News Latest News 2022 SELAMAT DATANG DAN TAHNIAH KEPADA YB DATUK SERI SALAHUDDIN BIN AYUB

SELAMAT DATANG DAN TAHNIAH KEPADA YB DATUK SERI SALAHUDDIN BIN AYUB

PUTRAJAYA, 5 DISEMBER 2022, ISNIN-Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH). YB Menteri memulakan tugas beliau pada hari ini dengan mengetik kad perakam waktu dan seterusnya beliau membuat pemeriksaan perbarisan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP.

Penukaran nama Kementerian daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, memberi petunjuk yang jelas bahawa keutamaan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, ialah mengurangkan tekanan kos sara hidup.

Menurut beliau lagi, Kementerian akan menjalinkan kerjasama yang strategik dengan kementerian lain, terutamanya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Keselamatan Makanan yang bertanggungjawab dalam pengeluaran makanan bagi mengoptimumkan pengeluaran dan meminimumkan kos pengeluaran.

Berkaitan isu telur, beliau memaklumkan bahawa, kaedah penyelesaian sedang diusahakan. Beliau juga telah meneliti harga dan tempoh kawalan, subsidi dan kaedah serta kecepatan penyalurannya, pengeksportan hasil pengeluran negara dan kos produksi.

Selain itu, KPDNKSH yang menjadi urus setia kepada Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara atau NACCOL akan digerakkan dengan segera. Dasar yang baik dan berkesan yang telah dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan. Pihak Kementerian juga akan terus mencari inovasi yang baharu bagi tujuan penambaikkan dasar dan pelaksanaan sedia ada. Ini bagi meningkatkan prestasi, impak dan keberkesanan kos yang secara langsung dirasai oleh rakyat.

Program dan inisiatif yang sedia ada dalam sector perdagangan dalam negeri yang membirikan sumbangan kepada KDNK negara, program kepenggunaan serta penguatkuasaan di seluruh Negara akan dipertingkatkan keberkesanan pelaksanaan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat