anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home Media KPDN News Latest News 2022 SESI LIBAT URUS YANG BERHORMAT MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP DENGAN MPOB DAN PEMAIN INDUSTRI MINYAK MASAK

SELAMAT DATANG DAN TAHNIAH KEPADA YB DATUK SERI SALAHUDDIN BIN AYUB

 

PUTRAJAYA, 6 DISEMBER 2022 – Satu sesi libat urus YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri  Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) bersama dengan pemain-pemain industri minyak masak dan wakil-wakil Persatuan Pengilang Minyak Masak Malaysia telah diadakan. 

Menurut YB Menteri, libat urus ini diadakan bagi mengenali dengan lebih dekat pemain industri, memahami permasalahan dan mendapatkan data penting sebelum dasar-dasar serta gerak kerja yang inovatif dapat dibangunkan dalam meningkatkan prestasi industri ini di samping bersama-sama membantu kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat. 

Semasa libat urus ini juga, MPOB telah membentangkan cadangan berkenaan dengan harga dua peringkat (2-tiered pricing) termasuk polisi dan mekanisma pelaksanaan. Beliau amat gembira bila pemain industri bersedia menimbangkan pelaksanaan 2-tired pricing dan ini akan diperincikan sehingga semua aspek diambil kira.

Pemain industri telah memberikan input yang positif terhadap impak harga siling bergerak, harga minyak masak bersubsidi dan harga minyak masak terpakai terhadap bekalan di pasaran.

Akhir sekali, Kerajaan sangat prihatin dengan situasi sekarang dan sentiasa komited dalam menangani isu harga dan bekalan. Kementerian akan terus meningkatkan usaha membantu mengurangkan beban rakyat dan tidak akan teragak-agak untuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada di bawah bidang kuasa Kementerian seperti Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB) untuk memastikan isu harga dan bekalan sentiasa terkawal.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat