anms| FAQ BI| CONTACT BI| FEEDBACK BI| SITEMAP BI
Home Media KPDN News Latest News 2022 ANUGERAH FRANCAIS IKTIRAF PRESTASI CEMERLANG PENGGIAT INDUSTRI

SELAMAT DATANG DAN TAHNIAH KEPADA YB DATUK SERI SALAHUDDIN BIN AYUB

 

PUTRAJAYA, 8 DISEMBER 2022, KHAMIS- Telah berlangsung Majlis Anugerah Francais 2022 yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof di Putrajaya Marriot Hotel, IOI Resort City. Ini merupakan anjuran Persatuan Francais Malaysia bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Marrybrown Sdn Bhd(Marrybrown) telah diiktiraf sebagai penerima Anugerah Francais Terbaik 2022 pada malam ini. Marrybrown juga turut merangkul Anugerah Francaisor terbaik bersama dua jenama lain iaitu Cambridge English For Life Sdn Bhd (Cambridge English For Life) dan Ayam Penyet Bagus Sdn Bhd (Ayam Penyet Best).

Dalam pada itu jenama francais lain juga turut memenangi beberapa anugerah dalam Kategori Sistem Francais, Kategori Francaisor Antarabangsa, Kategori Francais dan Kategori Terbuka.

Ini merupakan sebagai satu langkah yang diambil untuk menghargai dan mengiktiraf penggiat francais yang cemerlang ini. Turut hadir, YBhg Datin Roszanina Wahab-Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna Dan Pengurusan), Pengerusi MFA, Datuk Dr. Radzali Hassan serta Pegawai Kanan Kementerian.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat